Perniagaan pada Masa Arab Pra-Islam



            Kehidupan bangsa Arab yang tertumpu pada perniagaan adalah fakta yang telah diketahui dalam sejarah.  Mata pencarian penduduk di kawasan ini – dengan keadaan negara yang kering, padang pasir yang penuh dengan batu dan kawasan pergunungan tandus – adalah dengan berdagang.  Tidak ada hasil pertanian yang dapat diperolehi dari daerah ini.  Al-Quran menggambarkan keadaan ini melalui doa Nabi Ibrahim a.s, yang berbunyi :

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tidak ada tanaman padanya, di sisi rumah-Mu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ) dan
kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur” (Surah Ibrahim [14] : 37).

Di antara banyak suku kaum di Arab, suku Quraisy adalah suku asal Nabi Muhammad SAW.  Suku ini mempunyai kuasa dan keutamaan sebagai penjaga Kaabah.  Kedudukan itu membolehkan  suku kaum Quraisy melakukan perjalanan ke seluruh kawasan, sambil berdagang dengan aman dan selamat.  Hampir semua kaum-kaum yang berdagang di jalan-jalan perdagangan menuju Syria, Yaman dan Bahrain menghormati dan menghargai kafilah-kafilah Quraisy8.   Kebiasaan kaum Quraisy melakukan perjalanan sambil berdagang, dalam musim dingin dan musim panas, digambarkan dalam firman Allah yang berbunyi :

“Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Mekah) (Iaitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman) dan pada musim panas9 (ke negeri Syam). Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini.  Tuhan yang memberi mereka penghidupan, menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan.”  (Surah Quraisy [106] : 1-4)

Sebagai kaum yang memiliki hubungan dagang antara negara, kaum Quraisy mempunyai pengetahuan dagang yang sangat baik.  Usaha perdagangan dilakukan dalam berbagai bentuk.  Berbagai jenis organisasi juga telah mereka dirikan.  Syirkah dalam berbagai jenis dijalankan, di mana orang yang mempunyai modal boleh terlibat dalam perniagaan secara langsung.  Mudharabah juga telah dijalankan, di mana pemilik modal yang hanya menjadi sleeping partner juga boleh menikmati keuntungan dan mengalami kerugian.  Malah kaum wanita, golongan janda dan anak-anak yatim piatu juga berpeluang menjalankan perniagaan melalui cara ini.  Siti Khadijah r.a ialah salah seorang contoh janda kaya yang melakukan usaha jenis ini.  Dia menjalankan perniagaan ini dengan berbagai orang yang berbeza.   Bapa saudara Nabi Muhammad SAW, Abbas bin Abdul Muthalib, memiliki perniagaan jenis ini yang sangat besar10.

Posting Komentar

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Lebih baru Lebih lama