Pembangunan Ekonomi pada zaman Rasulullah SAW



*          Penciptaan sumber kewangan negara melalui zakat, khumus, fai’, kharaj, jizyah dan kafarat.
*          Pengembangan dasar-dasar polisi fiskal yang berkaitan dengan penerimaan subjek dan objek kewajiban kharaj, zakat, ushr, jizyah dan kafarat, penentuan batas minimum wajib zakat (nisab) dan umur objek yang cukup haul.
*          Pengembangan dasar-dasar polisi tentang anggaran belanja negara yang meliputi pengendalian negara dalam batas penerimaan (Balanced Budget Policy).
*          Pelaksanaan polisi-polisi melalui :

            *          penggunaan emas (dinar) dan dirham sebagai alat pembayaran;
            *          pembebasan tarif dan cukai masuk import emas, perak dan barang-barang komoditi;
            *          larangan penimbunan wang;
            *          larangan penimbunan barang untuk menjaga kestabilan nilai wang;
            *          larangan membungakan duit dan menggalakkan perjanjian untuk hasil dan risiko
            *          larangan membuat spekulasi
            *          meningkat pengeluaran barang dan perkhidmatan;
            *          menghapus monopoli dagang.

Nota :  Prinsip Ekonomi Islam pada zaman Rasulullah SAW adalah prinsip kesejahteraan sejati, iaitu semua aktiviti ekonomi dan polisi kewangan diarahkan dan dibatasi oleh falsafah nilai-nilai Islam itu sendiri.  Memenuhi keperluan dan pengagihan pendapatan serta kekayaan bukan hanya menjadi tujuan ekonomi dan sosial, tetapi juga menjadi kewajiban agama.

Posting Komentar

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Lebih baru Lebih lama