1. Pembentukan Pola Penggunaan
a. Mengendalikan Nafsu Mengguna
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa” (Surah Al-Baqarah [2] : 183).
b. Hidup Sederhana
“Hai anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah setiap kali (memasuki) masjid, makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka pada orang-orang yang berlebih-lebihan” (Surah Al-A’Raaf [7] : 31).
Diriwayatkan dari Abdullah bin Amr bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Berhasillah orang yang menyerahkan diri kepada Allah (menjadi Muslim) sedangkan rezekinya sekadar mencukupi, tetapi Allah memuaskannya.”
c. Tidak Boros
“Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekan akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan; dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya” (Surah Al-Israa’ [17] : 26-27).
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersadba, “Sesungguhnya termasuk isrof (pemborosan) seandainya kamu memakan semua yang mendatangkan nafsu makan kepada Allah.”
2. Pembentukan Pola Simpanan dan Pinjaman
“Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan) dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda” (Surah Ar-Rum [39] : 39).
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah supaya kamu berjaya” (Surah Ali Imran [3] : 130).
Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya) dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir di antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya” (Surah An-Nisaa’ : [161] : 161.
“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Dia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran dan selalu melakukan dosa” Surah Al-Baqarah [2] : 275 – 276.
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu : Akan adanya peperangan dari Allah dan Rasul-Nya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa” (Surah Al-Baqarah [2] : 278 – 279).
Diriwayatkan dari Jabir r.a yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW mengutuk perbuatan menerima riba, memberi riba, orang yang menguruskan riba dan saksi-saksinya. Rasulullah SAW bersabda, “Mereka itu sama saja (dosanya).”
3. Pembentukan Pola Pelaburan
a. Perkara yang tidak dibenarkan
”Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat dan Dialah jua Yang Menurunkan hujan dan Yang Mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung) dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mengenal” (Surah Luqman [31] : 34).
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?” (Surah Al-Maa’idah [5] : 90 – 91).
b. Perkara yang dibenarkan
(i) Urusniaga Perniagaan
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu” (Surah An-Nisaa’ [4] : 29)
“…dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba” (Surah Al-Baqarah [2] : 275).
(ii) Bagi Hasil Perniagaan
“…Dia mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebahagian daripada kurnia Allah…” (Surah Al-Muzzammil” [73] : 20).
“Nabi Daud berkata: Sesungguhnya dia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu (sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit! Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu dia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta dia rujuk kembali (bertaubat)” (Surah Shaad [38] : 24).
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…” (Surah Al-Baqarah [2] : 286).
Diriwayatkan dari Shahih bin Shuhaib, dari bapanya yang mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, “Ada tiga perkara yang mendapat berkat : jual beli pada masa tertentu, muqaradah (berkongsi keuntungan) dan mencampur satu jenis gandum (burr / wheat) dengan jenis gandum yang lain (sya’ir / barley) tetapi bukan untuk dijual”.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah dalam bentuk hadis marfu’, yang mengatakan bahawa Allah SWT berfirman, “Aku adalah orang ketiga dari dua orang yang bermitra selama salah seorang dari kedua orang itu tidak mengkhianati yang lainnya. Apabila salah seorang mengkhianatiyang lain, Aku keluar dari kedua orang itu.”
(iii) Pinjaman Lunak (Qardhul Hasan)
“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan” (Surah Al-Baqarah [2] : 245).
“Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat)” (Surah At-Taghaabun [64] : 17).
4. Tentang Pengagihan Pendapatan
Sesuai dengan petunjuk tentang mengurus rezeki yang halal dan baik, aktiviti pertanian meningkat dan jumlah industri serta industri kraftangan berkembang di Madinah. Pendapatan per kapita penduduk Madinah meningkat dan telah melebihi pengeluaran yang diperlukan untuk memenuhi keperluan rumah tangga56. Dengan meningkatnya kemakmuran, keseimbangan kesejahteraan masyarakat menjadi sangat penting. Allah SWT berfirman :
”Apa yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah dan bagi kaum kerabat (Rasulullah) dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang memerlukan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya). (Surah Al-Hasyr [59] : 7)
a. Pengagihan Pendapatan Melalui Pola Kemitraan Usaha
(i) Dalam Surah Al-Muzzammil [20] : 20
“...Dia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela agama-Nya). Maka bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.
(ii) Dalam Surah Shaad [38] : 24
“Nabi Daud berkata: Sesungguhnya dia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu (sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit! Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu dia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta dia rujuk kembali (bertaubat)”.
(iii) Dalam Surah Al-Baqarah [2] : 286
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…”
(iv) Dalam Hadis :
Diriwayatkan oleh Shahih bin Shuhaib, dari bapanya yang mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, “Ada tiga perkara yang mendapat berkat : jual beli pada masa tertentu, muqaradah (berkongsi keuntungan) dan mencampur satu jenis gandum (burr / wheat) dengan jenis gandum yang lain (sya’ir / barley) tetapi bukan untuk dijual”.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah dalam bentuk hadis marfu’, yang mengatakan bahawa Allah SWT berfirman, “Aku adalah orang ketiga dari dua orang yang bermitra selama salah seorang dari kedua orang itu tidak mengkhianati yang lainnya. Apabila salah seorang mengkhianatiyang lain, Aku keluar dari kedua orang itu.”
b. Pengagihan Pendapatan Melalui Pola Hubungan Perburuhan
(i) Pekerja sebagai teman
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah dari Rasulullah SAW bahawa beliau bersabda, “Pemilik hamba bertanggungjawab memberi makanan dan pakaiannya, dan tidak membebaninya dengan pekerjaan yang tidak sanggup dilakukannya.”
(ii) Upah
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Berilah upah kepada pekerja sebelum keringatnya kering”.
c. Pengagihan Pendapatan Melalui Pola Mekanisme Pasaran
(i) Penentuan Harga
Diriwayatkan oleh Anas bahawa dia mengatakan “Harga pernah naik mendadak pada zaman Rasulullah SAW. Para sahabat mengatakan, “Wahai Rasulullah, tentukanlah harga untuk kami”. Rasulullah SAW menjawab, “Allah itu sesungguhnya adalah penentu harga, penahan dan pencurah serta pemberi rezeki. Aku harap dapat menemui Tuhanku di mana salah seorang dari kamu tidak menuntutku kerana kezaliman dalam hal darah dan harta”.
(ii) Larangan Ihtikar (menimbun barang)
Al-Quran menegaskan :
“Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji. Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya. Dia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!” (Surah Al-Humazah [104] : 1 – 3)
Diriwayatkan oleh Sa’id bin al-Musayyib dari Ma’mar bin Abdullah, dari Rasulullah SAW yang bersabda, “Tidak ada yang melakukan penimbunan barang kecuali pembuat kesalahan (dosa).”
(iii) Larangan Spekulasi
Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah yang mengatakan Rasulullah SAW melarang penjualan buah kurma yang tidak diketahui beratnya dengan buah kurma yang diketahui beratnya.
d. Pengagihan Pendapatan Melalui Sistem Zakat
Perintah membayar zakat disebut dalam 17 surah dan 34 ayat dalam Al-Quran. Surah-surah yang diturunkan di Mekah ialah : Al-A’raaf, Maryam, Al-Anbiyaa’, Al-Mu’minuun, An-Naml, Luqman, Fusshilat dan Al-Muzzammil. Manakala surah-surah yang turun di Madinah ialah Al-Baqarah, An-Nissa, Al-Maidah, At-Taubah, Al-Hajj, An-Nuur, Al-Ahzaab, Al-Mujadaalah dan Al-Bayyinah.
Ketentuan zakat ada kaitan dengan pengumpulan zakat, jenis harta yang mesti dikenakan zakat, syarat waktu (haul) harta wajib dikenakan zakat, syarat batas minimum harta yang dikenakan zakat, dan orang-orang yang berhak menerima zakat (asnaf) sesuai dengan petunjuk yang terdapat dalam Surah At-Taubah ayat 60.
e. Pengagihan Pendapatan Melalui Sistem Warisan
”Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika dia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertakwa” (Surah Al-Baqarah [2] : 180).
“(Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut (yang tidak dilarang Syarak) itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat Mut'ah (pemberian saguhati) dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang-orang yang bertakwa” (Surah Al-Baqarah [2] : 240 - 241).
Tags:
Bisnis Syariah